Sejarah Sri Aman (kawasan negeri)

Sebelum ia dimansuhkan, kawasan pilihan raya negeri Sri Aman sepenuhnya terletak di dalam Kawasan Parlimen Batang Lupar. Ia telah diciptakan pada tahun 1978 dari kawasan negeri Simanggang dan telah dimansuhkan pada tahun 1990. Kini, kawasan pilihan raya ini telah digantikan dengan Simanggang.

Pilihan raya negeri Sarawak 1987

Kawasan pilihan raya negeri Sri Aman memiliki sebuah tempat untuk penamaan calon; ia terletak di Dewan Majlis Daerah Sri Aman di Sri Aman, Sarawak. Sebanyak dua calon bertanding di DUN ini iaitu Michael Pilo Abak Gangga dari parti Barisan Nasional (BN-SUPP) dan Hollis Ak. Tini dari parti Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS). Tempat mengira-ngira undi ialah bertapak di Dewan Majlis Daerah Sri Aman. Kerusi DUN Sri Aman dimenangi oleh parti Barisan Nasional-Parti Rakyat Bersatu Sarawak.[1]